Monday 7 September 2015

Penapisan Air Kent RO Malaysia Yang 100% Bersih Dan Jernih.

Penapisan Air Kent RO Malaysia Yang 100% Bersih Dan Jernih.


Kuala Lumpur, Oktober 3, 2014 – Masih ingat tak anda pada waktu dahulu apabila ibu bapa menggunakan kain muslin putih untuk dililit ke paip air atau melekatkan jejaring dawai yang bertindak sebagai alat penapis, dan kemudian mendidihkan air yang “ditapis” ini sebelum ianya dianggap selamat untuk diminum?


Alat penapisan pelbagai Kent masa kini telah melangkah jauh ke hadapan daripada peralatan penapisan air yang dahulu ini, namun begitu, kebanyakan orang sebelum meminum air masih lagi mendidihkan air yang keluar daripada sistem penapisan air mereka yang canggih


Kent Grand Plus RO+UV+UF Water Filter Systems  removes
bacteria, viruses , dirt and chemical residues for healthier living

Mengapa perlu mengambil risiko apabila air yang telah dirawat didapati masih mempunyai kandungan klorin, tembaga, besi, manganese dan gas hidrogen sulfida di samping kesan beberapa unsur dan mineral semula jadi atau akibat rawatan kimia. Unsur-unsur kimia sebegini adalah penyebab kepada air paip mungkin mempunyai rasa, bau dan penampilan yang kurang menarik, termasuk mengotorkan cawan, dan juga pakaian.

Apabila rupa dan bau air tidak menyenangkan, sudah tentu kebanyakan daripada kita bimbang untuk minum terus dari paip.
Air yang bersih, jernih dan menyegarkan daripada alat penapisan air seharusnya disediakan untuk orang ramai sepanjang masa.

Untuk mendapatkan air yang lebih bersih, jernih dan mempunyai rasa yang lebih baik, syarikat inovasi tecnology , Kent RO Malaysia, kini memperkenalkan rangkaian Sistem Penapisan Air Kent. Sistem penapisan air ini mengandungi dua komponen utama: sistem pembersihan air dan sistem penapisan air minuman yang telah dimajukan.

Kombinasi sistem penapisan inovatif ini boleh menyingkirkan sehingga 100% bahan pencemaran yang merbahaya seperti cysts, klorin, sedimen, karat, plumbum, merkuri, bakteria dan bahan kimia yang tidak diingini bagi meningkatkan ketulenan, rasa dan rupa air untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik serta menenangkan fikiran.

Secara ringkasnya, sistem ini membolehkan anda meminum air daripada pili penapisan air Kent tanpa perlu mendidihkannya. Ini memberikan anda lebih masa untuk diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sistem Penapisan Air Kent direka untuk mencapai sehingga 30% kecekapan dengan air ditapis untuk kegunaan dobi, plumbing dan peralatan lain yang dapat mengurangkan secara keseluruhan penggunaan sabun dan bahan pencuci, seterusnya akan mengurangkan pengaliran sisa bahan kimia sambil mengurangkan kos.

Rekaan moden yang anggun ini ditempatkan di bawah sinki atau di atas counter, dengan pili khasnya sahaja yang akan kelihatan di countertop, menjadikan ianya ideal bagi rumah atau pejabat di mana ruang countertop adalah kecil. 

Menurut En Azhar, Pengurus Kanan , Kent telah memperkenalkan sistem penapisan air kerana para pengguna memerlukan penyelesaian yang lebih baik untuk mendapatkan air tulen yang lebih bersih dan jernih yang boleh ditapis pada kadar yang lebih murah dengan cara yang lebih mesra alam.
“Kini kebanyakan rakyat Malaysia mencari penyelesaian yang lebih baik untuk keperluan air bagi isi rumah dan juga keperluan komersial mereka. Dengan kehidupan hijau dan kemapanan yang kian menjadi arus utama di Malaysia, para pengguna juga mementingkan sistem penapisan air Kent. Berlandaskan komitmen Kent kepada inovasi dan alam sekitar, kami telah membangunkan sistem penapisan air yang terbukti dan dapat memenuhi keperluan para pengguna Malaysia yang bermaklumat,” kata En Azhar.

Rangkaian Sistem Penapisan Air Kent boleh didapati dengan harga serendah RM210 dan ke atas, ini termasuk harga pemasangan. Para pemasang Kent yang disahkan akan membantu para pelanggan untuk memasang Sistem Penapisan Air ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aquakentro.com.my

Ciri-Ciri Utama Lain:

Pemasangan Bawah-Sinki
Penapis Air Kent Excell dan Kent Gem sesuai untuk semua jenis rumah, termasuk rumah-rumah yang mempunyai ruang dapur yang terhad seperti kondominium dan apartmen. Pemasangan bawah-sinki membolehkan ruang kaunter digunakan untuk peralatan dapur lain, dan ini menjadikan dapur kurang berselerak dan lebih teratur.
Pili air minuman yang dikhaskan
Pili yang dikhaskan untuk menyediakan air yang ditapis pada titik penggunaan. Kebanyakan sinki mempunyai lubang yang telah di dril terlebih dahulu secara khas untuk penyembur, dispenser sabun dan aksesori-aksesori lain. Para pemasang kami yang sah akan membantu dalam bahagian ini.
Sistem penukaran-pantas yang dipatenkan
Rekabentuk quick disconnect fittings menjadikan penukaran kartrij penapis amat mudah dan bebas daripada kekotoran.
Peringatan pertukaran Kartrij
Terdapat sistem penapisan air Kent yang dilengkapi dengan alarm system untuk pemantauan khas mengingatkan pengguna bahawa kartrij perlu ditukar. 
Ketenangan Fikiran
Air yang baik adalah suatu perkara yang serius, dan kerana inilah Kent RO Malaysia mengesyorkan pemasang kami yang sah untuk menasihati para pengguna berkenaan memberi kelegaan serta ketenangan fikiran. Konsultasi, pemasangan dan tindakan susulan dibuat dengan cara profesional untuk memastikan tiada kos tersembunyi serta tiada sebarang kerumitan.
Mengenai Kent RO 
Kent RO mengolah percikan idea-idea baru dan mengubah mereka kepada banyak produk yang canggih. Budaya kami yang berasaskan kerjasama kreatif mengilhamkan kepada aliran teknologi hebat yang tidak putus-putus bagi menjadikan kehidupan lebih baik. Kent RO adalah syarikat inovasi yang tidak akan berhenti mencipta. Kent RO Malaysia  mempunyai operasi di banyak negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari Kent RO Malaysia juga di www.aquakentro.com.my

No comments:

Post a Comment